Saturday, April 25, 2009

Kegemaran Florence

Dengar audioblog Florence mengenai kegemarannya dan berikan komen mengenainya.

Friday, April 10, 2009

Berhati-hati di jalan raya

Dengar rakaman ini. Berikan komen mengenai isi dan penyampaian Cikgu. Gunakan rubrik yang berikut sebagai panduan.


Kelancaran dalam perbualan

13-15
Pertuturan amat jelas dan berkeyakinan
10-12
Pertuturan jelas dan bersahaja; hanya sekali-sekala tersekat-sekat
7-9
Pertuturannya tidak lancar dan beberapa kali tersekat-sekat
4-6
Pertuturan agak payah untuk difahami dan selalu tersekat-sekat
1-3
Pertuturan terputus-putus dan tidak jelas dan menggunakan frasa yang mudah

Isi dalam perbualan

13-15
Memberikan beberapa hujah yang bersabit dengan jelas;boleh meluaskan hujah-hujah itu dengan contoh-contoh; memberikan pendapat dengan baik dan pada keseluruhannya,menarik minat pendengar
10-12
Mempunyai beberapa buah fikiran yang bersabit dan menarik; sebahagiannya mungkin tidak diluaskan secukupnya.
7-9
Mempunyai sedikit buah fikiran yang bersabit dan pada keseluruhannya ialah hujah-hujah biasa sahaja; agak kurang berkebolehan untukmeluaskannya.
4-6
Mempunyai satu atau dua hujah yang bersabit; tidak dapat meluaskan buah fikirannya dan kebanyakkannya berbentuk biasa sahaja.
1-3
Hampir tiada buah fikiran; sebarang hujah yang diberikan tidak bersabit dan tidak disusun dengan baik.